PROFIL

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin mula dibina pada Mac 2001 dan siap sepenuhnya pada 18hb Disember 2003. Pada 8 Januari 2004 sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.

Pada peringkat awal operasi, murid-murid sekolah ini hanya terdiri daripada 75 orang dengan tenaga pengajar 11 orang sahaja. Bilangan murid telah meningkat pada tahun berikutnya kepada 106 orang dengan 19 orang guru dan sebuah kelas prasekolah. Pusat Sumber SK Lembah Beringin juga dengan rasminya dibuka sebaik sahaja sekolah ini dibuka. Namun pada awal pembukaannya, bilangan buku dan kemudahan yang disediakan agak terhad. Guru Media dan Perpustakaan ketika itu adalah Cik Siti Aisah bt Tajul Arus. Pada tahun 2007, tempat beliau digantikan dengan Pn. Syuhaidah bt Salim sehingga kini. 

Selama hampir 12 tahun beroperasi, sekolah ini pada awalnya telah diterajui oleh 'care taker' iaitu Encik Zulkifli bin Radzi sehingga Februari 2004. Kemudian diganti oleh Encik Rusli bin Mohamad sehingga 15 November 2004. 

SK Lembah Beringin menerima Guru Besar iaitu  Pn. Hjh. Norlia bt Sukri pada 16hb November 2004 sehingga 18 Mac 2014.

Kini, Pn. Hjh Azizah bt Hassan merupakan Guru Besar SK Lembah Beringin yang baharu.




No comments:

Post a Comment